Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar adalah sebuah sekolah gred A yang terletak di Daerah Padang Terap. Berstatus luar bandar dan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap. Jarak dari sekolah ke Pekan Kuala Nerang adalah kira-kira 16 km dan 6 km ke Pekan Naka. SKKB kini diketuai oleh Pn Hajjah Rohani bt Md Hassan dan 3 orang guru Penolong Kanan. Warga guru adalah seramai 39 orang dan 10 orang staf sokongan dan mempunyai enrolmen murid seramai 573 orang.Sekolah ini dibuka pada 1947 sebagai sebuah sekolah rakyat. Usaha penubuhannya dimulakan oleh Penghulu Abdullah bin Jaafar iaitu penghulu bagi Mukim Tekai Kiri dan penduduk kampung yang peka betapa pentingnya pelajaran pada masa itu.
Mereka menyedari hanya melalui pendidikan sahaja, orang-orang Melayu mampu untuk memajukan bangsa dan bersaing menentang bangsa Inggeris yang menjajah bumi Tanah Melayu.


Mereka menyedari hanya melalui pendidikan sahaja, orang-orang Melayu mampu untuk memajukan bangsa dan bersaing menentang bangsa Inggeris yang menjajah bumi Tanah Melayu.Kini setelah berpuluh tahun berlalu, SKKB mampu berdiri megah bersaing dalam dunia pendidikan yang serba mencabar ini.
Walaupun terletak di luar bandar, namun ianya tidak menganggu kesedaran ibu bapa dan guru tentang pentingnya anak-anak berjaya dalam pelajaran.
Walaupun terletak di luar bandar, namun ianya tidak menganggu kesedaran ibu bapa dan guru tentang pentingnya anak-anak berjaya dalam pelajaran.Sesungguhnya usaha gigih Allahyarham Penghulu Abdullah bin Jaafar dan orang kampong pada masa itu mestilah sentiasa dikenang dan dihargai serta disanjung tinggi. Tanpa usaha mereka, pastinya tiada Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar.


2 comments:
Tahniah diatas pelancaran blog SKKB 2009.
satu permulaan yang baik bagi skkb.. dari kami www.skulumelakalangkawi.blogspot.com
Post a Comment